Sunday, April 17, 2011

Dilema Melayu (1970) by Tun Dr. Mahathir Mohamad (versi Melayu)


Dilema Melayu (“The Malay Dilemma”) adalah sebuah buku yang dikarang oleh Tun Mahathir bin Mohamad pada tahun 1970.

     Tun Mahathir menerbitkan ‘The Malay Dilemma” setelah beliau kalah dalam pilihanraya 1969. Beliau menuduh Tunku Abdul Rahman Putra menyebabkan kekalahan besar UMNO dalam pilihan raya tersebut. Salah satu daripada tuduhannya itu adalah kerana Tunku terlalu memberi muka kepada kaum Cina. Walau bagaimanapun Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra menafikan segala tuduhan itu.

     Mahathir mengatakan bahawa Tunku cuai ketika menjadi wakil rakyat kerana terlalu sibuk berniaga dengan rakan Cina beliau sehingga mengabaikan kawasan parlimennya.

     Setelah diterbitkan, buku ini diharamkan oleh Tunku Abdul Rahman. Pemikiran Dr Mahathir tidak selari dengan Tunku Abdul Rahman. Pada 1981 apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad, menjadi Perdana Menteri, pengharaman itu dimansuhkan.

     Buku itu diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Dr. Ibrahim Saad pada 1982, dan diterbitkan oleh Federal Publication Sdn Bhd. dengan tajuk Dilema Melayu.

Kandungan buku itu adalah seperti berikut.

1. Pendahuluan
2. Di mana silapnya?
3. Pengaruh keturunan dan persekitaran kepada bangsa Melayu
4. Dilema ekonomi Melayu
5. Pengertian Persamaan Kaum
6. Asas-Asas Perpaduan Kebangsaan
7. Pemulihan Bangsa Melayu dan Dilema Melayu
8. Masalah Melayu
9. Tatasusila dan Sistem Nilai Melayu
10. Politik Perkauman dan Parti
11. Malaysia dan Singapura.


Size : 0.98MB

Download link :
Hotfile ~ http://hotfile.com/dl/114780347/747dfec/malay-delima.pdf.html

0 comments:

Post a Comment

Text Widget

Text Widget